oleh: hafynaufal Chicken Chop

Chicken_chop_002

Ambil resepi dalam 5 rencah 5 rasa..Cubala senang saja


Created on : 27-04-2011

Print

E-mail kepada teman

Tulis Laporan




Share


Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 paha ayam ( Buang tulang), 3 sudu tepung gandum, 1 biji telur, 1 keping roti gardenia (digoreng tanpa minyak hingga rapuh ) Sedikit lada putih
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk), 1 biji bawang putih (ditumbuk), 1 biji bawang merah (ditumbuk), sedikit tepung gandum, sedikit daun sup dan bawang (dicincang), sedikit air, secubit garam.

Cara-cara

  1. Setelah ayam dibasuh dan dibuang tulang,salutkan ayam dengan tepung gandum kemudian dicelup dengan telur dan disalut dengan roti gardenia yang telah dihancurkan menggunakan penapis.Kemudian ayam tersebut digoreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan dan bolehlah diangkat
  2. Untuk membuat sos lada hitam pula,tumis bawang putih,bawang merah dan lada hitam yang di tumbuk sehingga kekuningan.Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 sudu tepung gandum.Masukkan daun sup dan daun bawang dan sedikit garam.Masak sehingga pekat dan bila siap tapiskannya.Ambil kuahnya sahaja.Kemudian bolehlah kuahnya dituangkan di atas ayam tadi.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komentar (9)

27-04-2011, umie_saat komentar :

wah...tak bnyak bahan...mesti senang nak wat....


27-04-2011, sarah_jija komentar :

Anak2 suka ni..bleh try...


27-04-2011, syazaqira komentar :

wow..sempoi nye


27-04-2011, anna90 komentar :

wah...sedapnyer....tp klu roti tu bakar kt pembakar roti boleh ker???mcm mana ek???


28-04-2011, murniyati komentar :

wahh..kne try nih,xbyk bhan2 nye..hehee tq..


28-04-2011, hafynaufal komentar :

Kalau nak bakar roti dlm pembakar roti pun boleh.Lepas tu potong kecil-kecil dan hancurkan roti tersebut gunakan penapis besi.Nanti roti tersebut akan jd serbuk roti yg halus


29-04-2011, idanoraini komentar :

blh la try..simple je nampak...:)


30-04-2011, hafynaufal komentar :

Semua mesti try buat sbb mudah ja n bahan pun x byk


23-05-2011, jue effa komentar :

senang nye


Untuk posting komentar, perlu login terlebih dahulu